Translate

19 August 2016

Pelakon Zara Zya mengakui terkilan kerana tidak dapat mengikuti sesi promosi dan bertemu peminat sempena promosi anugerah FFM28


Zara Zya Terkilan
Malaysuan Digest


.

Pelakon Zara Zya mengakui terkilan kerana tidak dapat mengikuti sesi promosi dan bertemu peminat sempena promosi anugerah Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28).

Menyangkal dakwaan mengatakan dia kurang berminat mengikuti promosi program itu, sebaliknya pelakon yang juga tercalon dalam kategori Pelakon Baharu Wanita Terbaik menerusi filem Rembat ini menjelaskan bahwa dia tidak dapat turut serta kerana terikat dengan jadual penggambaran yang ketat.

"€œMemang kelakar kalau ada orang anggap begitu. Saya tidak terfikir langsung mengenai menang atau kalah, malah saya sendiri tidak sangka akan berada dalam senarai Top 5.

"Saya juga bersyukur dan setakat ini tidak ada mana-mana pihak mempertikaikan pencalonan saya

"Memang penganjur ada berikan jadual keseluruhan untuk promosi FFM28 tetapi seperti saya katakan tadi, jadual penggambaran saya sangat padat," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Falisha Crosley menerusi filem Mat Moto-Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit, Marianne Tan (Ola Bola), Nur Risteena (Girlfriend Kontrak) dan Raja Ilya (Suamiku Encik Perfect).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED