Translate

19 August 2016

Penyanyi Akim mengumumkan isterinya juga Penyanyi terkenal Stacy, kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media.

Akim Kongsi Berita Stacy Hamil


..
Penyanyi Akim Ahmad, 25, mengumumkan isterinya, Stacy, 26, kini hamil menerusi kapsyen foto yang dimuat naik di sosial media.
Lebih manis, vokalis kumpulan The Majistret itu berkongsi berita gembira tersebut kepada umum sempena ulang tahun ke-26 Stacy.
"Selamat ulang tahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya. "Semoga di hari ulang tahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini," tulis Akim yang disertakan bersama gambar Stacy dan anak angkat mereka, Bella.
..
Pasangan kelahiran program Akademi Fantasia (AF) itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Februari lalu.
Malaysian DIgest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED