Translate

21 October 2016

Ronaldo yang mempunyai ‘followers’ lebih 79.7 juta di laman Instagram dikecam teruk kerana meletakkan kaki ditapak patung Buddha

Ronaldo Dikecam Biadab Letak Kaki Pada Patung Buddha

Terkenal kerana kelincahan gerak kakinya di padang, namun itu bukan alasan untuk bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo memijak tapak patung Buddha ketika bergambar.
Penyerang Portugal itu menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya pada Khamis memuat naik sekeping gambar memaparkan beliau berdiri di sebelah patung Buddha.
Menerusi gambar tersebut, Ronaldo turut dilihat meletakkan kaki kanannya di bahagian tapak patung Buddha dengan kapysen berbunyi “bom dia” atau selamat pagi.
Foto Instagram cristianoFoto Instagram cristiano
Malangnya, Ronaldo, yang mempunyai jumlah ‘followers’ lebih 79.7 juta di laman Instagram telah menerima kecaman teruk oleh pengikutnya kerana menyifatkan tindakannya meletakkan kaki di bahagian tapak patung Buddha sebagai biadab dan tidak menghormati penganut agama Buddha.
“Ini kurang ajar... Tergamak kamu letakkan kaki pada patung Buddha Gautam... Saya tidak menjangkakan perbuatan bodoh ini daripada Ronaldo. Encik, hari ini kamu hilang salah seorang daripada peminat kamu (kerana perbuatan) ini sangat buruk,” kata seorang pengguna Facebook Shubham Pandey.
“Itu adalah perbuatan tidak bermoral kepada penganut Buddha. Kamu sepatutnya hormat agama lain. Kamu tidak lagi seorang lelaki budiman disebabkan tindakan bodoh. Ini sangat teruk,” tulis Yin Htet Aye.
Gambar tersebut sehingga kini mendapat lebih 1.7 juta ‘likes’ di laman Instagram dan 1.1 juta reaksi di Facebooknya, selain pelbagai reaksi diluahkan pengguna Twitter.
Meskipun rata-rata pengikutnya menggesa Ronaldo supaya memadam gambar tersebut daripada laman sosialnya, bintang bola sepak itu bagaimanapun seolah-olah memekakkan telinga dan membutakan mata dengan tidak menghiraukan 'rayuan' peminatnya.
Malah, beberapa jam lalu Ronaldo telah memuat naik gambar menunjukkan beliau berbaring di sofa bersama anaknya, memberi kesedaran mengenai kanser payudara dengan mempromosikan selimut CR7.
“Orang marah kerana beliau memuat naik gambar bersama patung Buddha beberapa jam lalu. Tetapi sekarang (7 jam lalu), lelaki ini memuat naik gambar memaklumkan mengenai projeknya untuk melawan punca utama Kanser Payudara, tiada apa yang mampu dikatakan. Tuhan merahmati kamu Cristiano Ronaldo!,” tulis pengguna Facebook Radhika Bhugmania.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED