Translate

08 December 2016

Majlis Raja-Raja memutuskan untuk membatalkan jemputan Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong baru



Jemputan Pertabalan Agung Dibatalkan Kerana Mahathir 'Persona Non Grata'

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja memutuskan untuk membatalkan jemputan Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong baru ekoran bekas Perdana Menteri itu 'persona non grata' atau individu yang tidak diingini.
Blogger Big Dog berkata, ini kerana keceluparan Dr Mahathir sebelum ini menyelar Yang di Pertuan Agung Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Majlis Raja-Raja yang enggan memecat Datuk Seri Najib Tun Razak dari jawatan Perdana Menteri.
"Ada beberapa kemungkinan ini berlaku. Pertama, walaupun Tun Dr. Mahathir merupakan seorang mantan Perdana Menteri, baru-baru beliau melibatkan diri dengan demonstrasi haram BERSIH 5 dan berucap.
"Beliau juga pernah meminta kuasa asing untuk campur tangan, dalam kegilaan beliau untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak," katanya menerusi artikel bertajuk 'Kera Sumbang' menerusi blog bigdogdotcom.wordpress.com.
Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menghantar surat membatalkan undangan Dr Mahathir ke istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah yang di-Pertuan Agong ke 15 pada 13 Disember ini.
Turut dibatalkan, undangan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrasment) jika YABhg. Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg. Tun," kata surat yang ditandatangan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, DatukSeri Syed Danial Syed Ahmad.
Mengulas lanjut mengenai pembatalan jemputan Dr Mahathir serta isterinya, Big Dog menjelaskan, bekas Perdana Menteri itu turut menuduh Tuanku Abdul Halim dikurung di Istana ekoran permohonannya untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong tidak diperkenankan.
"Ini semua belum diambil kira ucapan-ucapan dan penulisan yang beliau buat, yang dianggap menghasut agar rakyat membenci, seterusnya bangkit untuk bergerak dan menumbangkan Perdana Menteri Najib," tegasnya lagi.
- Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED