Translate

05 December 2016

Seorang Pemandu GrabCar dituduh tunjuk kemaluan pada penumpang wanita


Image result for grabcar
Pemandu GrabCar dituduh tunjuk kemaluan pada penumpang wanita 

Mahkamah Majistret hari ini membicarakan kes pemandu GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada penumpangnya awal bulan lepas. ― Paparan skrin Google



PETALING JAYA, 5 Dis ― Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal November lalu didakwa di mahkamah majistret di sini, hari ini.

M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.

Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20 tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5 November lalu.

Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.

Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan terhadapnya akan dibatalkan serta merta.

Mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes. ― Bernama- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pemandu-grabcar-dituduh-tunjuk-kemaluan-pada-penumpang-wanita#sthash.fZVUDSl8.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED