Translate

15 January 2017

Annuar Musa kantoi! Laman Web UniKL akui taja The Red Warrior

Annuar Musa kantoi! Laman Web UniKL akui taja The Red Warrior





INILAH yang dinamakan kantoi busuk, Tan Sri Annuar Musa semalam dilaporkan oleh Berita Harian Online sebagai berkata bahawa Universiti Kuala Lumpur, UniKL tidak pernah menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan The Red Warriors, TRW.




Kenyataan Annuar itu adalah sebagai jawapan balas kepada pendedahan dokumen-dokumen oleh Tunku Mahkota Johor, TMJ semalam yang mendakwa Annuar Musa menyalahgunakan dana MARA dan UniKL untuk menaja pasukan bola sepak TRW.


BACA — TMJ dedah dokumen Annuar Musa salah guna dana MARA dan UniKL untuk taja The Red Warriors


Namun semakan di laman web UniKL sendiri ada menyiarkan bukti sebaliknya, di mana dalam salah satu artikel laman web itu telah mengesahkan bahawa UniKL merupakan penaja TRW.





Malah artikel itu turut menyiarkan gambar Tan Sri Annuar Musa bersama-sama sekumpulan orang dalam sebuah majlis pelancaran jersi The Red Warriors.


Annuar Musa kata UniKL tak pernah taja The Red Warriors, tapi laman web UniKL sendiri akui universiti di bawah MARA itu merupakan salah satu penaja TRW, jadi anda nak percaya kenyataan siapa dalam hal ini?


Pendedahan ini sebenarnya sekadar maklumat tambahan kepada tuduhan TMJ, kerana beberapa dokumen sokongan telah didedahkan oleh beliau semalam, justeru penafian umum oleh Annuar Musa semata-mata tidak cukup.


Sebaliknya PDRM dan SPRM harus memanggil Annuar Musa dan menyiasat tuduhan ini.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/annuar-musa-kantoi-laman-web-unikl-akui.html#ixzz4VmzNSh1n


TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT
Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.
Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.
Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.
Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
------
TAN SRI, DON'T TAKE ADVANTAGE WITH FAIZ SUBRI'S SUCCESS BUT EXPLAIN THE SPONSORSHIP FROM PELABURAN MARA AND UNIKL
I had predicted much earlier that Faiz Subri's victory would definitely grab the attention of individuals, especially politicians who wanted to restore their dwindling reputation. Firstly, to the Tan Sri who is always dissatisfied with me and a minister who apparently wants to share popularity with Faiz Subri's success by saying that I'm arrogant etc. Let me sort about this Tan Sri first. Remember, don't wake a sleeping tiger. I don't disturb people, so don't disturb me.
Well, for the Tan Sri first. Before using Faiz Subri's success for your popularity by saying that I am arrogant, why doesn't Tan Sri come forward to give an explanation about sponsorship money from Mara investments and UniKL who were forced to sponsor the Red Warriors team?
When the nation's economy is weak and when there are fiscal cuts here and there, you still proceeded to use the funds meant for Malaysians to fund The Red Warriors as the Chairman of Mara. Having already used funds from Pelaburan Mara, this didn't stop you from tapping reserves in UniKl. Given the weak economy, in 2016, UniKl was forced to reduce the allocation for scholarships of Malaysian students from RM2 billion to RM1.3 billion. Having said this, you still strong armed UniKl to sponsor TRW in that same year. Tan Sri, please explain the direction of Pelaburan Mara and UniKl as it belongs to all Malaysians.
Lastly to Tan Sri and minister, please don't forget to purchase our new jerseys 2017.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor


TMJ dedah dokumen bukti Annuar Musa salahguna duit Mara dan UniKL

TUNKU Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan dokumen bukti-bukti bahawa Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat, MARA dan juga UniKL untuk menaja pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW).


Beberapa dokumen berhubung dakwaan itu turut disiarkan di halaman facebook yang menjadi suara rasmi TMJ, Johor Southern Tigers.






TMJ membidas tindakan Tan Sri Annuar Musa yang tergamak menggunakan duit rakyat daripada MARA untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik.


"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara," dakwa TMJ seperti yang disiarkan di halaman facebook Johor Southern Tigers.


Dakwanya lagi, Universiti Kuala Lumpur, UniKL turut menjadi mangsa di mana meskipun universiti itu terpaksa mengurangkan biasiswa pelajarnya dari RM2 billion kepada RM1.3 billion pada tahun 2016, namun Annuar Musa telah menggunakan kuasanya bagi menaja pasukan TRW dalam tahun yang sama.





"Tidak cukup dengan Pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka untuk menaja pasukan TRW pada tahun itu," dakwanya lagi.


TMJ turut meminta penjelasan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut.


Sebelum itu dalam kenyataan yang sama TMJ turut menyelar ahli-ahli politik yang menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk melonjakan kembali prestasi mereka yang sedang merudum.


Dalam artikel sebelum ini, TMJ ada mendedahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan banyak wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk kemewahan diri sendiri, iaitu dengan membeli sebuah kereta mewah Porsche Panamera

Sampai sekarang Tan Sri Annuar Musa masih membisu mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh TMJ itu terhadap beliau.

No automatic alt text available.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/tmj-dedah-dokumen-bukti-annuar-musa.html#ixzz4VmyeR278



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED