Translate

15 February 2017

Elakkan Dari Menjadi Mangsa Romance / Love Scam.

COMMUNITY SERVICE MESSAGE FROM THE MALAYSIAN POLICE




ROMANCE/LOVE SCAM: Elakkan dari menjadi mangsa!

Taktik penipuan ‘Romance/Love Scam’:

Suspek akan memperdaya mangsa dengan kata-kata romantis
dan janji-janji palsu terutamanya kepada golongan berikut:


1. Wanita/lelaki belum berkahwin.
2. Wanita/lelaki yang kesunyian.
3. Wanita/lelaki yang lanjut usia dan memerlukan teman hidup.

Modus Operandi (M.O):

1. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui emel, facebook,
twitter dan lain-lain media sosial.
2. Suspek menggunakan kata-kata manis, janji-janji palsu dan
panggilan manja bagi menawan hati mangsa.
3. Dalam tempoh perkenalan tersebut, mereka tidak pernah
bertemu dan perhubungan menjadi bertambah erat melalui
perbualan telefon.
4. Setelah mangsa terjerat dengan cinta suspek, suspek mula
menagih simpati dan meminta pelbagai pertolongan kewangan
daripada mangsa.
5. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang ke dalam
akaun suspek.
6. Setelah sejumlah wang dimasukkan, suspek akan terus
menghilangkan diri.

Nasihat PDRM:

1. Sentiasa berwaspada apabila berkenalan dengan kawan dalam
dunia maya.
2. Jangan memberikan sebarang informasi berkaitan maklumat
peribadi atau kewangan anda kepada kawan dalam dunia
maya.
3. Segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak
yang cuba memeras ugut wang dari anda melalui internet.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED