Translate

16 April 2017

Adi Putra memuat naik di laman instagram menunjukkan kiriman mesej oleh isteri keduanya, Shahida.

Adi Putra Muat Naik di Instagram Mesej Isteri Kedua

..
Konflik yang melanda rumah tangga Adi Putra nampaknya masih belum selesai. Terbaharu, pelakon itu telah memuat naik di laman instagram menunjukkan kiriman mesej oleh isteri keduanya, Shahida.
Menerusi mesej kedua itu, Shahida mengucapkan terima kasih kepada Adi kerana menunjukkan perangainya yang sebenar. Shahida juga berkata bahawa dia selalu mendoakan supaya Adi berubah namun baginya Adi tidak akan pernah berubah.
Shahida juga turut berkata, dia tidak pernah terhutang budi pada Adi malah dia menyatakan bahawa sebaliknya Adi yang terhutang budi padanya.
"I was in love with you.. now is only hatred." Inilah kata-kata terakhir untuk Adi di dalam mesej tersebut.
Manakala di kapsyen Adi pula, Adi berkata:
"Ramai tertanya ttg hutang apa, mayb can list down the hutang @marmobilespa #alhaq"
..
Walau bagaimanapun, gambar yang dikongsi oleh Adi itu telahpun dipadam olehnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED