Translate

18 May 2017

CCTV Video menunjukkan Pekerja Perubatan Bertumbuk Ketika Bedah Pesakit menjadi viral

 Bertumbuk Ketika Bedah Pesakit

Macam-macam, dalam bilik bedah pun boleh bertumbuk! Suasana dalam bilik bedah di sebuah hospital di Lankao, wilayah Henan, China bertukar kecoh selepas berlaku pergaduhan antara dua pekerja perubatan ketika operasi pembedahan pesakit masih dijalankan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam bilik tersebut tular di laman sosial China, lapor Shanghaiist, semalam.
Berdasarkan rakaman tersebut, berlaku pertengkaran antara seorang jururawat wanita dengan pekerja perubatan lelaki, sementara beberapa pakar bedah lain masih lagi fokus melakukan operasi.
Beberapa saat selepas pertengkaran mulut, pekerja lelaki terbabit kelihatan membaling sarung tangan ke arah jururawat itu mengakibatkan wanita itu menumbuknya.
Keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki tersebut bertubi-tubi menumbuk muka jururawat wanita itu sehingga menyebabkan dia rebah ke lantai.
Seorang pakar bedah yang berada dalam bilik sama cuba menenangkan keadaan.
Menurut laporan portal itu, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.
Seorang pegawai perubatan memberitahu pemberita bahawa pergaduhan antara kedua-dua pekerja itu berlaku sejurus pembedahan selesai dan pesakit sudah keluar dari bilik operasi.
Bagaimanapun, netizen mendakwa alasan yang diberikan pegawai perubatan itu tidak masuk akal kerana video yang tersebar jelas menunjukkan ketika pergaduhan berlaku, pembedahan masih berjalan.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED