Translate

16 May 2017

Juliana Evans Akui Kekok Dijaga Pengawal Peribadi


..
Sejak berstatus isteri kepada Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor, aktres cantik Juliana Evans mengakui mula melalui kehidupan berbeza.
Memetik laporan mStar online, Juliana berkata, jika dulu kehidupannya lebih berdikari dan dia selesa melakukan kerja sendiri, kini dia agak kekok apabila langkahnya kini diawasi pengawal peribadi.
"Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa.
"Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri," ujarnya
Juliana atau nama sebenarnya dan Tengku Sharuffuddin diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.
Juliana yang menetap bersama keluarga mertua di Shah Alam mengakui sudah berpeluang memasak dan menghidangkan sarapan pagi kepada suaminya.
Katanya, biarpun perlu membiasakan diri dengan bantuan pembantu rumah, dia mahu suaminya merasai sendiri air tangan seorang isteri.
"Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa sediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis.
Dalam pada itu, Juliana berkata, perkahwinan berkenaan tidak merubah perjalanan kerjaya dia sebagai anak seni. Dia masih meneruskan bidang lakonan dan pengacaraan seperti biasa.
Perkembangan lain, filem terbaharu lakonannya berjudul Bella & Jemie akan ditayangkan tidak lama lagi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED