Translate

22 June 2017

Kedutaan Amerika Syarikat Membuat Kenyataan tentang Isu DOJ -saman DOJ adalah sebahagian inisiatif untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan AS daripada penipu wang.



Image result for american embassy kl

Isu DOJ: Kedutaan AS 'buka mulut'

Saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan dengan 1MDB, bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, kata kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Jurucakap kedutaan itu memberitahu Malaysiakini bahawa matlamat saman tersebut adalah untuk mendapatkan semula aset dan mengembalikannya demi faedah rakyat negara yang terjejas. 

Wakil tersebut menegaskan bahawa saman DOJ adalah sebahagian daripada inisiatif untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan AS daripada penipu wang.

DOJ memfailkan set ketiga saman sivil minggu lepas untuk merampas tambahan AS$540 juta aset yang didakwa diprolehi melalui dana yang diselewang dari 1MDB - menjadikan jumlah keseluruhannya AS$.7 bilion.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa pada hari Selasa bahawa saman DOJ adalah tindakan 'pre-emptive' menjelang pilihan raya umum akan datang ke arah pertukaran kerajaan yang diterajui oleh orang Islam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED