Translate

13 September 2017

Aktor terkenal Shaheizy Sam menjelaskan dia belum diisytiharkan muflis

"Ada Hikmah Dapat Notis Muflis" - Shaheizy Sam

Aktor terkenal Shaheizy Sam menjelaskan dia belum diisytiharkan muflis seperti yang dilaporkan media pada Ogos lalu.
Sam, 34, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan isu tersebut kerana pihaknya kini sedalam proses perbincangan bersama LHDN untuk menyelesaikam isu tersebut.
"Memang pada awalnya saya sangat terkejut apabila menerima notis itu. Namun saya sangat lega kerana saya bukan muflis tetapi notis itu hanya satu proses sebelum diisytiharkan muflis.
"Tetapi buat masa ini saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ejen cukai yang saya lantik sedang dalam perbincangan dengan pihak LHDN.
"Saya juga masih menunggu keputusan dan apa sebenarnya punca menyebabkan perkara ini terjadi. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan segera," ketika ditemui pada pelancaran runut bunyi dan trailer filem Pinjamkan Hatiku, bertempat di Redbox The Garden Mall, pada Selasa.
Isu muflis Shaheizy Sam mula menjadi perhatian selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak mengiklankan notis muflis di ruang sebuah akhbar pada 26 Mei lalu.
Menganggap ia hanyalah satu ujian daripada Allah, Sam berkata isu tersebut tersebut tidak menganggu-gugat nama baik serta kerjayanya.
Sebaliknya suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini bersyukur dan menyifatkan ada hikmah disebalik apa yang menimpa dirinya.
Akui Sam, ia satu pengajaran besar buat dirinya sekaligus peringatan agar dia sentiasa mengambil tahu mengenai hal keewangan dan dalam masa yang sama lebih berwaspada terhadap urusan yang melibatkan keewangan, pada masa akan datang.
"Alhamdulillah perkara ini terjadi. Ada hikmahnya. Jika tidak tentu sampai sekarang saya tidak akan sedar betapa pentingnya untuk kita mengambil tahu mengenai urusan dokumentasi lebih-lebih lagi yang melibatkan hal keewangan sendiri," tuturnya.
-- Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED