Translate

11 September 2017

Penasihat undang-undang Tamil Malar, K Saraswathy, tidak bersetuju apabila kekecohan di luar bangunan pejabat akhbar itu disiasat bawah akta rusuhan



Penasihat undang-undang Tamil Malar, K Saraswathy, tidak bersetuju apabila kekecohan di luar bangunan pejabat akhbar itu di Kuala Lumpur disiasat di bawah Seksyen 147 iaitu Seksaan kerana merusuh. Jelas beliau, kekecohan yang berlaku bukanlah suatu perusuhan kerasa pihak MIC yang datang ke pejabat Tamil Malar dan terus menyerang pekerja akhbar itu. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula mempersoalkan kenapa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendiamkan diri dalam isu ini. Beliau juga berkata akan membawa isu ini ke Parlimen yang akan bersidang pada Oktober-November bagi mendapatkan penjelasan Kabinet Menteri kenapa ianya disiasat dibawah Seksyen 147. Gobind Singh hadir bersama Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof.Dr. P. Ramasamy, dan beberapa ahli Parti Sosialis Malaysia hadir ke pejabat Tamil Malar hari ini bagi memberi solidariti.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED