Translate

12 October 2017

Penyanyi Aishah bakal menyertai pertandingan program realiti, Gegar Vaganza 4 dengan barisan artis popular, Liza Hanim.....

Kahwin Kali ke-4, Aishah Kunci Mulut Hal Rumah Tangga

..
Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Janji Manismu, Aishah, mengesahkan beliau sudah kembali bergelar isteri selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya iaitu pada 2011.
Wanita berusia 52 ini berkata, dia melangsungkan perkahwinan tersebut pada tahun ini namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
“Ya, benar saya sudah kembali berumah tangga dan cukup setakat itu sahaja saya dedahkan,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.
Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian.
Mengenai perkembangan seni, Aishah bakal menyertai pertandingan program realiti, Gegar Vaganza 4 yang akan bermula pada 29 Oktober ini. 
Aishah akan bersaing dengan barisan artis popular lain iaitu Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura Aqasha, Hazami, Ferhad, Tia (Jinbara), Lan (Kristal) dan Firman dari Indonesia.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED