Translate

14 October 2017

TMJ berkata dalam satu posting di laman rasmi Johor Southern Tigers dan menyarankan supaya Kosmo dan Utusan Melayu ditutup



Gurauan dipenghujung bual bicara santai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi bahan cerita terbitan akhbar Kosmo dibawah pengurusan Utusan Melayu. Mengulas perkara itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) membidas penerbitan artikel yang disifatkan baginda sebagai gosip murahan. TMJ berkata begitu dalam satu posting di laman rasmi Johor Southern Tigers dan menyarankan supaya Kosmo dan Utusan Melayu ditutup daripada membazir duit rakyat. ""Berjuta-juta duit setiap bulan diberikan kepada Kosmo yang terletak di bawah Utusan tetapi kerja hanya ingin melaga-lagakan orang sahaja dan tulis berita macam gosip murahan. "Nasihat saya kepada kerajaan, lebih baik anda tutup sahajalah syarikat surat khabar tersebut daripada membazir duit rakyat," kata Tunku Ismail. Pada Rabu TMJ mengadakan bicara santai bersama Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad, Vijhay Vick dari FourFourTwo dan Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan. Di akhir bual bicara Tunku berguruan dengan berkata " Pasukan negara anda semua, not my negara (Bukan negara saya). I'm from Johor, you know (Saya berasal dari Johor, anda tahu)".



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED