Translate

06 December 2017

Penyanyi Datuk Sheila Majid Merungut Hidup Susah 'Disekolahkan' [pula oleh Peminat Dan Netizen

Sheila Majid Merungut Hidup Susah 'Disekolahkan' Peminat Dan Netizen

Baru sahaja reda isu Fathia Latiff cuba untuk 'acah-acah' bijak ekonomi untuk menaikkan populariti, seorang lagi artis suam-suam kuku tampil mencetuskan kontroversi di media sosial merungut hidup zaman sekarang susah.
Penyanyi Datuk Sheila Majid menerusi twitter merintih hidup kini susah disebabkan oleh kelemahan mata wang ringgit dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan.
"Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup meningkat dan pekerjaan kurang. Rakyat Malaysia sudah letih dan marah kerana ditekan hutang yang tidak dicipta mereka. Berhenti beri alasan dan mula cari salah. Fokus kepada usaha mengembalikan negara di landasan. (Malaysia) Mengecewakan," tulisnya di twitter.
Seperti Fathia, tweet Sheila turut mendapat kecaman netizen mendesak selebriti veteran itu menulis menggunakan fakta dan bukannya perasaan.
"Jangan jadi macam Fathia hanya kerana kamu obses kepada Tun M. Konsert kamu bukannya murah. Kamu sepatutnya orang yang terakhir mengadu pasal kos hidup," kata netizen Mozas My sebagai respon rungutan kepada selebriti Datuk Sheila Majid di twitter.

 http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/711299-sheila-majid-merungut-hidup-susah-disekolahkan-peminat-dan-netizen.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED