Translate

05 December 2017

Shila Amin Sumpah Tak Curi Duit Rakan Artis





Sumpah Tak Curi Duit Rakan Artis

..
Demi membuktikan dirinya tidak mengambil wang daripada lapan artis yang berniaga di ekspo jualan di Brunei, April lalu, penyanyi Shila Amin telah melafazkan sumpah laknat, pada satu sidang media khas, semalam.

Tidak keseorangan, turut sama ialah anak perempuannya, Nurrul Admiena Norrizan tampil membuat penjelasan bagi membersihkan semula imej mereka anak beranak.
"Saya tidak pernah mengambil satu sen duit rakan artis yang saya bawa ataupun membuat penipuan terhadap duit iaitu Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Anina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.
"Saya juga tidak pernah menimbulkan masalah yang membabitkan wang, bagi tujuan kepentingan sendiri dengan penganjur Brunei.
"Seterusnya tidak pernah mengambil atau menerima wang daripada penganjur, mahupun pihak wakil," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Penyanyi yang popular dengan lagu Rambu Ramba ini mendagadakan sidang media tersebut ekoran berita dan video dimuat naik penyanyi Roslan Shah dalam sosial media mengenai pertengkaran Noorshila dan pelakon Lana Nodin di ekspo Singapura, minggu lalu.
Noorshila yang mengusahakan produk minuman bersama keluarganya mendakwa pelakon Lana Nordin yang turut terbabit dalam ekspo di Brunei dan Singapura menyebarkan fitnah itu kepada beberapa rakan artis.
"Pada ekspo di Singapura minggu lalu, saya didatangi rakan artis yang memberitahu Lana mendakwa saya menipu duit mereka sewaktu ekspo di Brunei.
"Ketika meminta penjelasan dari Lana, dia tidak menafikan cerita itu dan mengaku kerana mendengarnya dari penganjur," katanya.
Menjelaskan isu pertengkaran dengan Lana, Noorshila turut menafikan menendang troli milik Lana sehingga menyebabkan barang bertaburan seperti didakwa pelakon itu.
"Gerai kami bersebelahan dan pada hari kejadian, troli Lana terletak di hadapan ruang gerai saya.
"Jadi, saya 'sound' penjaga gerai Lana supaya jangan berbuat demikian kerana tak mahu terlanggar troli itu. Saya cuma menguis troli itu dan bukan menendangnya," katanya.
Susulan itu, Noorshila membuat laporan polis terhadap Roslan dan Lana masing-masing pada Ahad lalu dan semalam di Balai Polis Seremban 2.

http://www.malaysiandigest.com/hiburan/711008-sumpah-tak-curi-duit-rakan-artis.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED