Translate

06 December 2017

Suami kepada pelakon Mawar Rashid merasakan aksi isterinya menari di majlis resepsi perkahwinan mereka baru-baru ini tidak melampaui batas.

"Tidak Ada Gerakan Berbaur Seksual Pun"

..
Suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob (Raf) merasakan aksi isterinya menari di majlis resepsi perkahwinan mereka baru-baru ini tidak melampaui batas.

Memetik laporan mStar online, Raf berkata, gerak tari isterinya langsung tidak mempamerkan gerakan berbaur seksual. Lantaran mereka tidak terkesan dengan kritikan netizen.
"Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.
"Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami," katanya.
Terdahulu, aksi Mawar menari di majlis resepsi perkahwinannya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial mendapat perhatian ramai. Tak kurang banyak pihak yang melemparkan kritikan terhadap pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu sekaligus menganggap tindakannya sebagai perbuatan yang salah dan sebagai wanita tidak patut menari di hadapan khalayak ramai.
..
Sementara itu, Mawar, 22, berkata memang menjadi impiannya untuk menari pada majlis perkahwinannya dan merasakan tarian dipersembahkan bukan keterlaluan.
Pun begitu dia sedar tidak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.
"Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.
"Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.
"Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya.
"Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian," jelasnya.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 9 November lalu

http://www.malaysiandigest.com/hiburan/711270-radin-nafi-ada-hubungan-istimewa-dengan-atlet-terjun-negara.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED