Translate

16 April 2018

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya nanti




Dr Mahathir bertanding di Langkawi

Melissa Darlyne Chow | April 15, 2018

FREE MALAYSIA TODAY
Pencalonan pengerusi Pakatan Harapan itu diumumkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Dr Mahathir dan pimpinan tinggi PH di Langkawi selepas nama beliau diumumkan sebagai calon.

LANGKAWI: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Langkawi pada pilihan raya nanti.

Pencalonan beliau diumumkan oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di satu ceramah di Padang Matsirat, Langkawi malam tadi.

Pencalonan Dr Mahathir disambut dengan sorakan daripada hadirin.

Penyandang Parlimen itu ialah Datuk Nawawi Ahmad dari Umno, yang memenang kerusi itu pada PRU13 dengan menewaskan Ahmad Abdullah dari PKR dengan majoriti selesa 11,861 undi.

Pengumuman ini menamatkan semua spekulasi tentang kerusi pilihannya. Beliau sebelum ini mempertimbangkan antara Langkawi, Putrajaya dan Kubang Pasu, di mana beliau menjadi wakil rakyat di situ selama lebih 3 dekad, termasuk ketika menerajui kerajaan selama 22 tahun.

Sementara itu, Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Dr Mahathir juga mengumumkan bekas ketua pembangkang Kedah Datuk Amirudin Hamzah akan mempertahankan DUN Anak Bukit dan bertanding Parlimen Kubang Pasu.

Wan Saiful Wan Jan, bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), yang akan bertanding di Parlimen Pendang, dan Akramsyah Sanusi, anak bekas menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, yang akan bertanding di Parlimen Jerai.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED