Translate

15 April 2018

Polis kat Penganjur Demo Tangkap Jho Low langgar syarat dan akan dipanggil untuk membantu siasatan





Polis: Penganjur demo langgar syarat, akan dipanggil

Bernama | April 14, 2018

Polis berkata penganjur gagal mematuhi syarat perhimpunan dan melanggar Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.



Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur petang tadi.

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil penganjur perhimpunan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran berikutan tidak menepati syarat yang ditetapkan.

“Kami telah memanggil pihak penganjur untuk berbincang mengenai syarat perhimpunan namun mereka gagal mematuhinya. Mereka juga telah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shaharuddin berkata polis akan membuka kertas siasatan dan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Katanya 200 anggota dan pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung dari 2.00 petang dan berakhir kira-kira 4.00 petang.

Perhimpunan itu turut menjejaskan perniagaan di Kompleks Sogo dan beberapa kedai berhampiran yang terpaksa ditutup sementara bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurut juru jual di pusat beli belah itu yang mahu dikenali sebagai Amira, 24, pusat beli belah berkenaan ditutup kerana khuatir berlaku kekecohan susulan perhimpunan itu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED