Translate

16 April 2018

PPBM meletakkan bekas pensyarah politik UKM Samsu Adabi Mamat sebagai calonnya di Putrajaya.dan Rina Harun di Titiwangsa

PPBM pertaruh bekas pensyarah lawan Ku Nan

Faiz Zainudin | April 15, 2018

FREe MALAYSIA TODAY



PPBM meletakkan bekas pensyarah politik UKM Samsu Adabi Mamat untuk mencabar Tengku Adnan di Putrajaya.



Suhaimi mengangkat tangan Rina (kanan) dan Samsu (kiri) ketika mengumumkan calon bagi kerusi Putrajaya dan Titiwangsa.

PUTRAJAYA: Bekas pensyarah Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Datuk Samsu Adabi Mamat akan mencabar penyandang Parlimen Putrajaya 3 penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketua Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan Muhammad Suhaimi Yahya mengumumkan nama pemimpim PPBM Cheras itu di Putrajaya malam tadi.

Pada pilihan raya lalu, Tengku Adnan menangkis calon PAS ketika itu, Husam Musa, dengan majoriti 5,541 undi.

Sebelum ini Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan bertanding di pusat pentadbiran negara itu.

Tengku Adnan kali ini perlu berdepan PPBM, yang merupakan parti serpihan Umno, dan PAS.

Sementara itu, PPBM meletakkan harapan pada Ketua Wanita Rina Harun untuk merampas Parlimen Titiwangsa daripada BN.

Penyandang Datuk Seri Johari Abdul Ghani menang tipis dengan majoriti 886 undi pada PRU13.

Pencalonan Rina mematikan terus spekulasi kerusi itu akan ditandingi Wan Saiful Wan Jan, bekas ketua pegawai eksekutif Institut Demokrsi dan Hal Ehwal Ekonomi (Idea) dan timbalan ketua biro strategi parti.

Pertarungan di 2 kerusi ini dijangka sengit.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 Parlimen dan PH memperuntukkan Putrajaya dan Titiwangsa kepada PPBM.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED