Translate

17 April 2018

SPR Terlalu Sibuk untuk Jumpa PKR, yang ingin mendapat pengesahan beberapa perkara.

BEST FBKL:
Right from the announcement of the nomination and voting dates till now, SPR continues to be an embarrassment,.

Just meet the Pakatan Harapan leaders and make the needful clarifications. 

SPR role is to ensure that the election and democratic process is conducted in an efficient and fair manner. What is it that makes you so busy, when one of your responsibilities is to meet political parties to clearly explain the rules and regulations.

SPR's conduct will taint GE14.

Barisan Nasional is strong enough to win without this nonsense by SPR.







SPR tak boleh jumpa kerana sibuk, kata Dr M

Adam Abu Bakar | April 17, 2018

FREE MALAYSIA TODAY



Dr Mahathir mahu mendapatkan pengesahan SPR tentang penggunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain.



Dr Mahathir berkata SPR tidak boleh bertemu pimpinan PH yang mahukan pengesahan.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh bertemu pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mendapatkan pengesahan tentang pengunaan lambang PKR oleh parti-parti pembangkang lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi PH mendakwa surat SPR kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata pertemuan tidak dapat diadakan kerana ada urusan yang tidak dapat dielak.

“Kita berikan tarikh 10 April untuk bertemu tetapi mereka pula kata tidak boleh jumpa kononnya sibuk. SPR sepatutnya ditubuh untuk bantu pilihan raya dilakukan dengan cara baik, tertib dan aman.

“Tetapi SPR pula tidak rela berjumpa. Inilah masalah yang dihadapi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM,” hari ini.

Saifuddin sebelum ini menghantar surat kepada Penasihat Undang-Undang SPR, Azizah Md Arshad meminta satu pertemuan diadakan bagi menjawab beberapa persoalan berkenaan penggunaan lambang PKR oleh PPBM, DAP dan Amanah.

Ketiga-tiga parti mahu menggunakan lambang PKR selepas mereka gagal mendaftarkan Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum.

Surat itu, yang dibacakan Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media tadi berbunyi, SPR tidak dapat mengadakan pertemuan pada tarikh yang dipohon kerana ada urusan di mahkamah.

Menurut surat itu lagi, SPR dalam usaha memuktamadkan perkara berkaitan pilihan raya dan isu yang ditimbulkan kepadanya, dan memohon gabungan pembangkang menunggu makluman daripadanya.

“Jangan nanti di saat terakhir, sewaktu hendak menamakan calon keluar pula arahan bahawa tidak boleh pakai lambang PKR hingga kita tidak dapat bertanding dan BN menang tanpa bertanding,” kata Dr Mahathir.

PAKATAN HARAPAN - BINA HARAPAN MALAYSIA VIDEO



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED